Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Universiti Hamad bin Khalifa anjur persidangan etika AI

    DOHA, QATAR, 28 OGOS – Universiti Hamad Bin Khalifa (HBKU) akan menganjurkan persidangan bersejarah di Doha berkenaan Etika AI: Persimpangan Teknologi dan Tradisi Moral Pelbagai pada 28 hingga 29 September akan datang.

    Acara penting ini dijangka menjadi titik pertemuan utama bagi akademik terkemuka, pembuat dasar, pakar industri teknologi, pakar etika dan lain-lain, bagi membincangkan cara AI mengubah masyarakat serta cara sistem nilai global yang pelbagai harus membimbing pembangunan dan penggunaan AI secara bertanggungjawab.

    Teknologi yang memberi kesan besar kepada sosial semakin mempengaruhi kehidupan harian kita dan, dengan inovasi teknologi yang berkembang lebih pantas daripada rangka kerja peraturan di seluruh dunia, tindakan antarabangsa yang bermakna diperlukan untuk membentuk peraturan dan garis panduan secara etika bagi melindungi norma budaya dan kemanusiaan.

    Persidangan itu akan menekankan keperluan kerjasama merentasi sektor untuk memastikan pembangunan dan piawaian AI yang beretika dalam enam bidang tema: penjagaan kesihatan; reka bentuk bandar; keselamatan; pendidikan; kewangan dan masa depan tempat kerja. – Bernama

    Gambar Qatar National Convention Centre
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda