KUCHING, 24 JULAI – Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Hutan Sarawak (JHS) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan National University Corporation Kyushu University dari Jepun bagi mempermudah kerjasama dua hala untuk aktiviti penyelidikan hutan. Dalam satu kenyataan hari ini, JHS memaklumkan MoU itu dimeterai di Fukuoka, Jepun pada semalam dan perjanjian ini melibatkan kerjasama penilaian fungsi ekosistem

