Universiti London henti hidang daging

LONDON, 13 OGOS – Para pelajar di Goldsmiths London tidak lagi akan dihidangkan makanan asasi di kantin seperti burger dan cili selepas universiti berprestij itu mengumumkan ia akan menyekat semua produk lembu untuk menangani perubahan iklim.

Profesor Frances Corner, ketua baharu Goldsmiths, berkata dia mengambil tindakan drastik menegah daging lembu dari kafe kampus dan kedai-kedai bermula bulan depan kerana ‘mengumumkan kecemasan iklim bukan janji kosong’.

“Walaupun saya hanya baru tiba beberapa hari di Goldsmiths, ia sangat jelas yang kakitangan dan para pelajar kami sangat bertanggungjawab tentang masa depan alam sekitar dan mereka pasti bertekad untuk membantu,” tambahnya.

Goldsmiths berharap menjadi neutral karbon menjelang 2025 dan ia bukan universiti pertama yang mengubah hidangan dalam usaha untuk mengurangkan emisi.

Perkhidmatan katering Universiti Cambridge tidak menghidangkan lembu atau kambing sejak 2016.

Para pelajar di Goldsmiths juga dikenakan levi 10p atas item plastik guna tunggal apabila mereka pulang selepas musim cuti panas.

Pengempen iklim, Rosie Rogers menggelar langkah itu sebagai ‘menggalakkan’. – AFP

Para pelajar di Goldsmiths London tidak lagi akan dihidangkan makanan asasi kantin seperti burger dan cili bagi menangani perubahan iklim. – AFP