Sunday, December 29, 2024
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Universiti terima anak tarantula

    AMES, IOWA, 26 FEB – Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat (AS) menyumbangkan 169 tarantula yang dirampas dan menawarkannya kepada Universiti
    Negeri Iowa di Ames pada bulan ini.

    Tarantula berkenaan, ada di antaranya sebesar saiz kuku, tiba pada Hari Valentine dan dibuka dengan hati-hati oleh kakitangan dan pekerja pelajar Zoo Serangga di universiti itu.
    Sekolah itu berkata 20 labah-labah tarantula disumbangkan kepada bangunan seluas
    17 ekar, dipanggil Reiman Gardens.

    Yang selebihnya akan diternak di Zoo Serangga sehingga ia bertambah besar.

    Ginny Mitchell, penyelaras program pendidikan Zoo Serangga, berkata beliau berharap dapat menyimpan separuh daripada tarantula di Negeri Iowa, di mana ia akan menyertai spesies labah-labah dan kala jengking berbisa lain sebagai penghuni tetap zoo berkenaan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda