Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    UNN bantu masyarakat menerusi RCD

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Untuk tahun ketiga berturut-turut, Unified National Networks (UNN) telah bekerjasama dengan Society for Community Outreach & Training (SCOT) Brunei dalam Acara Amal Ramadan (RCD) tahunan syarikat itu.

    Projek RCD itu telah memasuki tahun ke-11 dan tahun ini menyasarkan untuk menyediakan keperluan dan bahan makanan kepada 200 keluarga yang diharap dapat mengurangkan beban kewangan mereka ketika membuat persiapan menyambut Ramadan dan Syawal.

    Selaras dengan tanggungjawab sosial korporatnya untuk menyokong kebajikan masyarakat di negara ini, UNN telah menaja pembelian barangan keperluan untuk 120 buah keluarga yang mempunyai masalah sosioekonomi tahun ini.

    Sumbangan tersebut bukan sahaja menjadikan UNN sebagai penyumbang terbesar kepada inisiatif RCD SCOT tahun ini, malah ia juga membantu SCOT mencapai sasaran dalam tempoh masa yang singkat apabila digabungkan dengan sumbangan daripada penaja lain.

    Barangan keperluan yang di-sumbangkan daripada UNN telah diedarkan awal minggu ini ke Daerah Tutong pada 8 dan 9 April, dengan 20 orang sukarelawan UNN mengambil bahagian dalam pengagihan tersebut.

    Baki sumbangan daripada UNN diagihkan kepada keluarga yang tinggal di Daerah Brunei dan Muara, Daerah Temburong dan Kampung Sukang pada hari ini dan seterusnya.

    Sukarelawan UNN menghantar sumba-ngan ke rumah penerima. – Gambar serahan UNN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...