Wednesday, February 12, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNN kembangkan rangkaian di kawasan terpencil

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 FEB – UNN telah berjaya untuk menghubungkan penduduk di kawasan-kawasan terpencil di Kampung (Kg) Bang Taong, Kg Kukup, Kg Buau, Kg Biadong Ulu, Kg Sukang dan Kg Melilas, menyediakan mereka dengan jalur lebar gentian tetap dan perkhidmatan mudah alih walaupun tiada kuasa komersial (luar grid) di kawasan pedalaman berkenaan pada 26 April 2024.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UNN, di sini, menyatakan sebagai langkah canggih ke arah inovasi teknologi dan kemampanan, UNN telah melaksanakan sistem jana kuasa sular hibrid di stesen pangkalannya, memastikan kesalinghubungan 24/7 tanpa gangguan di kawasan-kawasan terpencil.

    Mengutamakan perkembangan daripada keuntungan, syarikat berkenaan juga menerima pakai sepenuhnya tenaga solar untuk menghubungkan jurang digital, membawa komuniti luar bandar lebih rapat kepada seluruh negara.

    Sehingga kini, kampung-kampung pedalaman berkenaan masih di luar grid dan mereka menetap di kawasan-kawasan yang sukar untuk dicapai di mana akan memanjangkan waktu perjalanan bagi jurutera dan juruteknik UNN untuk sampai ke kampung-kampung berkenaan bagi sebarang kerja-kerja penyelenggaraan di stesen pangkalan berkenaan.

    Dengan mengambil kira akan cabaran-cabaran berkenaan, UNN telah mengemukakan Program UNNity for Local Community pada Mei 2024 untuk mendapatkan perkhidmatan dan sokongan daripada penduduk-penduduk pedalaman bagi tugasan penyelenggaraan asas seperti memotong rumput, membersihkan daun-daun yang gugur, memeriksan panel-panel solar dan memasatikan pagar serta kunci gembol adalah selamat untuk mencegah akses yang tiada kebenaran.

    Sebagai permulaan, majlis penandatanganan telah diadakan di UNN Mumong Exchange di antara Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif UNN, Chis Phan dan Naib Presiden Operasi Kanan, Awang Zulyada’in bin Haji Ibrahim Fisal dengan Rantai Anak Jawa dan Awang Hazlyn bin Abdullah yang telah dilantik untuk melaksanakan skop program berkenaan pada 10 Februari lalu.

    Menerusi kolaborasi berkenaan, UNN mengukuhkan lagi komitmennya kepada membina kedayatahanan dan mempromosikan kesalinghubungan inklusif sambil sekali gus memperkasa komuniti luar bandar dengan meningkatkan kemahiran dengan pampasan yang adil.

    Usaha itu juga menyokong komitmen Alam Sekitar, Sosial dan Urustadbir (ESG) UNN dengan mengurangkan kekerapan perjalanan bagi jurutera dan juruteknik UNN untuk sampai ke kawasan-kawasan terpencil berkenaan bagi tugasan penyelenggaraan asas sekali gus mengurangkan pelepasan karbon dengan sekurang-kurangnya 107.2 kilogram (kg) setiap perjalanan, yang merangkumi pengurangan bulanan potensi, kira-kira 643.2kg karbon dioksida.

    (Dari kiri) Awang Hazlyn, Rantai, Chis Phan dan Awang Zulyada’in bergambar selepas majlis penandatanganan di UNN Mumong Exchange. – GAMBAR SERAHAN UNN
    GAMBAR SERAHAN UNN

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda