Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNN kukuh kedudukan sebagai penyedia pusat data terbesar, selamat

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Unified National Networks (UNN) telah memperluaskan Perkhidmatan Pengehosan Kolokasi, baru-baru ini, dengan penawaran baharu yang direka untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada perusahaan di Brunei.

    Penambahbaikan terkini ini mengukuhkan kedudukan UNN sebagai penyedia pusat data komersial terbesar yang selamat, boleh dipercayai dan bersedia untuk masa hadapan.

    UNN dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini turut menjelaskan, penawaran baharu ini merangkumi Rak Ketumpatan Tinggi 7.5kW, yang membolehkan perniagaan mengehos dan menjana beban kerja moden dengan lebih cekap.

    Di samping itu, ia juga menawarkan bekalan kuasa dua kali ganda yang menyediakan saluran kuasa berlebihan bagi memastikan masa operasi maksimum dan kesinambungan perniagaan dengan tahap perkhidmatan sebanyak 99.982 peratus ketersediaan.

    Selain reka bentuk yang disahkan Tahap 3 oleh Uptime Institute, ia turut memberikan pelanggan piawaian yang diiktiraf di peringkat global daripada segi ketersediaan dan kebolehpercayaan.

    Pusat Data Prefab Tungku UNN, yang menyokong penawaran baharu itu, dikuasakan oleh dua stesen jana kuasa elektrik bebas, dengan memastikan kuasa berlebihan sebenar dan ketahanan terhadap sebarang gangguan grid elektrik.

    Ini seterusnya memperkukuh kebo-lehpercayaan dan kestabilan Perkhidmatan Pengehosan Kolokasi UNN.

    Perkhidmatan Pengehosan Kolokasi UNN direka untuk memenuhi keperluan perusahaan, agensi kerajaan dan penyedia perkhidmatan yang memerlukan penyelesaian pengehosan tempatan yang selaras dengan kedaulatan data dan keperluan kawal selia.

    Pusat Data Prefab Tungku UNN dikuasakan oleh dua stesen jana kuasa elektrik bebas. – GAMBAR SERAHAN UNN
    Penawaran baharu Rak Ketumpatan Tinggi 7.5Kw membolehkan perniagaan mengehos dan menjana beban kerja moden dengan lebih cekap. – GAMBAR SERAHAN UNN
    GAMBAR SERAHAN UNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda