Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Aplikasi mudah alih telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian dan sebagai pengguna, kita jangkakan perniagaan-perniagaan melindungi maklumat sensitif kita daripada risiko-risiko siber.
Seperti laman web syarikat, perniagaan memanfaatkan ujian keselamatan aplikasi proaktif, yang juga dikenali sebagai Pentest, untuk menilai aplikasi mudah alih mereka.
Semasa ujian sedemikian, potensi kelemahan boleh dikenal pasti, dan langkah-langkah diambil sebelum ia dieksploitasi oleh penggodam.
Pentest membolehkan perniagaan-perniagaan secara signifikan mengurangkan risiko pembocoran data, akses tanpa kebenaran dan kerosakan pada reputasi apabila sistem IT terjejas.
Sehubungan itu, UNN telah memperkenalkan tambahan baharu kepada portfolio keselamatan siber iaitu ujian penembusan untuk aplikasi mudah alih.
UNN dalam kenyataan yang dikeluarkan, menjelaskan bahawa perkhidmatan berkenaan memperkasakan dan membolehkan perniagaan di Negara Brunei Darussalam dapat meningkatkan keselamatan aplikasi mudah alih mereka, melindungi data sensitif, dan membangkitkan kepercayaan dalam kalangan pengguna mereka.


