Oleh Syahmi Hassan BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Kepentingan kesihatan mental semakin meluas sejak berlakunya pandemik dan sebagai hasilnya, lebih banyak individu dan syarikat telah mula menangkis stigma berkaitan dengan penyakit mental. Mereka telah mencipta platform untuk meningkatkan pemahaman tentang kesejahteraan mental dan melaksanakan pendekatan yang lebih sihat dalam menjaga keseimbangan kerja dan kehidupan.