BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Unified National Networks (UNN) mengumumkan pelaburan sistem kabel dasar laut baharu yang dinamakan sistem kabel dasar laut Asia United Gateway East (AUG East). Pelaburan ini adalah usaha kerjasama dengan rakan kongsi konsortium global termasuk Singtel, Amazon Web Services, Microsoft, ARTERIA Networks, Chunghwa Telecom, DREAMLINE, Globe Telecom dan Telekom Malaysia

