Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    UNOPS bekerjasama dengan Jepun bantu tangani COVID-19 di Indonesia

    JAKARTA, 2 OGOS – Pejabat Perkhidmatan Projek Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOPS) dan kerajaan Jepun telah membekalkan peralatan dan bekalan perubatan penting, serta alat perlindungan diri bernilai AS$9.6 juta untuk menyokong kesiapsiagaan dan tindak balas COVID-19 di Indonesia.

    UNOPS dan Jepun dalam satu kenyataan bersama memaklumkan mereka telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Indonesia untuk membekalkan barangan perubatan bagi pesakit COVID-19 sejak Mei 2020.

    Dengan pembiayaan bernilai AS$4 juta dari Jepun, UNOPS membekalkan ventilator untuk unit rawatan rapi (ICU), kit ujian COVID-19, mesin PCR, ambulans dan barangan lain untuk mencegah dan merawat kes COVID-19.

    Perkongsian bersama itu dianggarkan telah membantu lebih 16,000 pesakit kritikal serta 1,750 pengamal perubatan di 30 hospital.

    Projek dua tahun itu kini berakhir dengan penyerahan 65 lagi ventilator. 

    Jepun juga menyediakan tambahan sebanyak AS$5.6 juta untuk projek empat bulan UNOPS yang menyokong Pusat Krisis Kesihatan Indonesia menerusi pembekalan 2,800 pemekat oksigen.

    Projek itu membantu sistem penjagaan kesihatan negara untuk bertindak balas terhadap varian Delta pada 2021. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...