Friday, March 31, 2023
23.2 C
Brunei

-

Unsur sabotaj punca kebakaran kem Rohingya di Cox’s Bazar

DHAKA, 13 MAC – Kejadian kebakaran di tenggara Bangladesh baru-baru ini mempunyai unsur sabotaj hingga menyebabkan beribu-ribu penduduk Rohingya hilang tempat tinggal, menurut siasatan rasmi.

Kebakaran pada 5 Mac melanda Kem 11 di Cox’s Bazar, sebuah daerah yang menempatkan lebih sejuta penduduk Rohingya yang melarikan diri dari tindakan keras tentera Myanmar pada 2017, lapor agensi Anadolu.

“Kami bertemu pelarian Rohingya dan percaya bahawa ia adalah sabotaj yang dirancang,” Abu Sufian yang mengetuai suruhanjaya penyiasat memberitahu sidang media pada Ahad.

Penyiasat menemu bual 75 orang, termasuk sekurang-kurangnya 50 Rohingya yang mendakwa kumpulan lawan bertindak membakar khemah.

“Sekurang-kurangnya lima kawasan terbakar dalam tempoh yang singkat.

“Insiden tembakan dan pertempuran dilaporkan tercetus sehari sebelum kejadian bagi menguasai kem itu,” kata Abu Sufian.

Insiden terbaharu itu menyebabkan hampir 16,000 pelarian hilang tempat tinggal. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -