Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    UOB Malaysia lancar aplikasi perbankan

    KUALA LUMPUR, 31 Okt – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) melancarkan aplikasi perbankan mudah alih – UOB Mighty – yang membolehkan pelanggan menjadikan telefon pintar mereka sebagai dompet elektronik dan menikmati tawaran hidangan hebat di Malaysia, Singapura dan Thailand.

    Dalam satu kenyataan hari ini, UOB Malaysia berkata aplikasi itu membolehkan pelanggan melayari lebih daripada 2,000 restoran di tiga negara yang mengambil bahagain, untu membuat tempahan dan membayar makanan menerusi transaksi elektronik tanpa tunai.

    “UOB Mighty membolehkan pelanggan kami merancang, menempah dan membayar aktiviti berkaitan gaya hidup menerusi satu aplikasi mudah,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Peribadi, Ronnie Lim.

    Beliau berkata pelanggan juga boleh membuat pembayaran mereka dengan selamat ketika melakukan transaksi perbankan di mana sahaja. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda