Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    UOB sambut Tahun Baharu Cina

    Oleh Imelda Groves HA

    Gambar oleh Rahwani Zahari

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Sambutan Tahun Baharu Cina masih meriah disambut oleh warga korporat di negara ini, begitu juga dengan United Overseas Bank Limited (UOB) yang menganjurkan majlis terbuka di Restoran Li Gong, Empire Hotel & Country Club, Jerudong, di sini, hari ini.

    Naib Presiden Kanan dan Pengurus Negara UOB, Abdul Razak bin Abdul Malik memulakan sambutan itu dengan upacara menggaul ‘Yee Sang’ yang dipercayai memulakan tahun baru dengan kemakmuran, harmoni, kesejahteraan, tuah dan kekayaan.

    Sambutan itu dihadiri oleh para jemputan khas yang terdiri daripada klien-klien, rakan kongsi perniagaan, pelanggan dan rakan dari bank-bank lain.

    Abdul Razak ketika menggaul ‘Yee Sang’ bersama rakan kongsi perniagaan dan tetamu undangan semasa rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Li Gong.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda