Oleh Salawati Haji Yahya – BANDAR SERI BEGAWAN, 17 FEB – Dengan berkibarnya bendera besar Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-41 (HK-41), pelbagai pihak telah menganjurkan acara mengibarkan bendera di kawasan dan kediaman masing-masing. Zon 1, Mukim Gadong A & B hari ini juga tidak ketinggalan menyemarakkan sambutan HK-41 dengan mengadakan acara menaikkan