Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Upacara Miring Antu Pala pindah 23 tengkorak Muzium Sarawak

    KUCHING, 30 Okt– Sebanyak 23 tengkorak manusia berusia ratusan tahun di Muzium Sarawak akan dipindahkan ke tempat penyimpanan sementara berikutan muzium yang didirikan pada tahun 1891 itu akan ditutup untuk kerja pengubahsuaian.

    Sehubungan itu, Jabatan Muzium Sarawak pagi ini mengadakan upacara miring antu pala mengikut kepercayaan masyarakat Iban untuk melancarkan proses pemindahan tersebut.

    Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Ipoi Datan berkata upacara miring tersebut disempurnakan oleh kakitangan Majlis Adat Istiadat Sarawak diketuai oleh Lanting Itar yang bertindak sebagai ‘lemambang’ bersama-sama lima pembantunya.

    Kakitangan Majlis Adat Istiadat Sarawak diketuai oleh Lanting Itar menjalankan upacara miring antu pala mengikut kepercayaan masyarakat Iban ketika proses pemindahan 23 tengkorak manusia dari Muzium Sarawak ke tempat penyimpanan sementara. – Bernama

    “Upacara miring antu pala harus diadakan sebelum proses pemindahan tengkorak yang disimpan di rumah panjang dalam bangunan Muzium Sarawak ini. Ini adalah untuk memenuhi adat-adat masyarakat Iban,” katanya ketika ditemui pemberita selepas upacara hampir dua jam itu selesai.

    Ipoi berkata 23 tengkorak tersebut dibawa dari pelbagai lokasi di negeri ini dan telah disimpan di muzium tersebut sejak zaman pemerintahan Charles Brooke.

    “Kita akan pindahkan tengkorak ini selepas tiga hari, mengikut adat masyarakat Iban ada pantang larang tidak boleh sentuh tengkorak, hanya boleh sentuh selepas tiga hari. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda