Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Upacara penyerahan tugas sarjan mejar

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mac – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, hari ini, menyaksikan penyerahan tugas sarjan mejar pada upacara perbarisan yang berlangsung di Padang Kawad Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison.

    Pada majlis itu, 9465 Pegawai Waran Satu Ahmad bin Haji Abdul Kadir secara rasmi menyerahkan tugas kepada 10243 Pegawai Waran Satu Awang Rashid bin Abdul Rahman @ Awang Damit dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Sarjan Mejar.

    Majlis dimulakan dengan perbarisan jalan lalu yang diketuai 11234 Pegawai Waran Satu Haji Bahrum iaitu Sarjan Mejar Armada Tentera Laut Diraja Brunei.

    Selepas penandatanganan berkenaan, majlis diikuti dengan bacaan Doa Selamat dan me-nerima tabik hormat.

    Sarjan Mejar PW1 Ahmad dan Sarjan Mejar PW1 Awang Rashid bergambar semasa majlis penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Sarjan Mejar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda