Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Upacara perbarisan sempena Hari Pahlawan KBRI

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Bandar Seri Begawan hari ini memperingati Hari Pahlawan 2022 dengan upacara perbarisan yang berlangsung di kedutaan berkenaan.

    Hadir selaku pemeriksa upacara berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko, manakala itu, Penolong Atase Pertahanan KBRI di BSB, Mejar Tinton Kurniawan selaku komandan upacara.

    Ia dihadiri oleh semua kakitangan KBRI, Dharma Wanita Persatuan KBRI BSB, dan wakil pelbagai warga dan pelajar Indonesia yang bermastautin di Negara Brunei Darussalam.

    Upacara dimulakan dengan bacaan amanat perjuangan pahlawan negara oleh Ki Hajar Dewantara (Pahlawan Pendidikan), Doktor Cipto Mangunkusumo (Pahlawan Kesihatan), Tjut Nyak Dien (Pahlawan Kemerdekaan Aceh), dan RA Kartini (Pahlawan Wanita).

    Pembacaan mesej tersebut adalah untuk menjana semula semangat perjuangan membina negara dan menyerapkan nilai-nilai yang diajar untuk diterapkan dalam kehidupan seharian.

    TYT Dr Sujatmiko dalam ucapannya berkata, “Keadaan ketika ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan keadaan wira-wira dahulu. Namun konteksnya tetap sama, iaitu perjuangan tidak akan pernah berhenti dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat Indonesia.”

    Menurut beliau, Hari Pahlawan bukan sahaja perlu diingati setiap 10 November, malah lebih daripada sekadar peringatan rutin setiap tahun.

    Hari Pahlawan adalah untuk memperingati dan menghormati perjuangan pahlawan, serta perjuangan mereka mempertahankan kemerdekaan selain membina ingatan kolektif yang seterusnya dapat menggerakkan kesedaran masyarakat untuk ingin mencontohi dan menerapkan nilai-nilai murni pahlawan dalam kehidupan seharian.

    TYT Dr Sujatmiko semasa menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan.
    TYT Dr Sujatmiko bergambar ramai bersama peserta yang menghadiri upacara berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...