Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Uqasha ada pesanan untuk suami

    Pelakon Uqasha Senrose sebak mengenangkan perjalanannya bergelar seorang ibu melahirkan anak sulung enam bulan lalu.

    Berkongsi pengalaman bersalin, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, berkata, dia bersyukur dapat merasai dan mengharungi fasa itu dengan baik.

    “Tiba-tiba rasa sebak sangat-sangat, tak sangka Qasha dah lalui mengandung sembilan bulan. Semua rasa apa itu sakit melahirkan, berpantang dan membesarkan anak sampai dah nak masuk enam bulan anak ibu. Belajar macam-macam untuk besarkan dan berikan yang terbaik untuk anak,” katanya.

    Uqasha meluahkan isi hatinya menerusi hantaran foto dan video pengalaman bersalin di Instagram kelmarin.

    Dalam pada itu, Uqasha sempat berpesan kepada para suami di luar sana agar menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan isteri mereka. Jelasnya, tugas menguruskan dan membesarkan anak bukanlah perkara mudah terutamanya buat ibu-ibu baharu.

    “Kepada semua suami, hargailah isteri anda. Besar pengorbanan isteri yang membesarkan anak tanpa pertolongan sesiapa sehingga tak cukup tidur. Yang basuh baju anak, lipat baju anak, susun baju anak, buatkan susu, tidurkan anak sampai nak patah pinggang. Nak makan pun hanya alas perut malah nak masuk tandas pun kena pegang anak,” jelasnya.

    Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan aktor Kamal Adli pada 5 November 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Harwa Uqaira yang dilahirkan pada 27 April lalu. – Agensi

    Uqasha memberitahu dia belajar banyak perkara melalui pengalaman bergelar ibu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda