Friday, November 15, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Uqasha hati-hati selepas dua kali keguguran

    Pengalaman dua kali mengalami keguguran membuatkan pelakon jelita, Uqasha Senrose lebih berhati-hati untuk berkongsi berita gembira itu kepada umum.

    Uqasha ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia yang dijangka melahirkan cahaya mata sulung, tahun ini hanya bersedia berkongsi kehamilannya selepas kandungan berada dalam keadaan sihat dan kuat.

    “Saya lebih berhati-hati selepas mengalami dua kali keguguran. Apabila orang tanya, saya tidak pernah buka mulut walaupun mereka sudah nampak bentuk baby bump, lebih lagi ketika siaran langsung di media sosial.

    “Saya hanya berani umumkan selepas kandungan sudah benar-benar kuat dan sihat. Lagipun, saya kena berhati-hati dengan penyakit ‘ain’.

    Uqasha dan Kamal terpaksa berpisah selama tiga bulan disebabkan suami terikat dengan komitmen kerja di beberapa negeri. – mStar

    “Saya tak tahu kalau ada orang yang dengki, tak suka atau gembira dengan kehamilan saya, selain bimbang jika kehamilan akan mengguris hati pihak yang sekian lama berusaha dan menunggu detik ini.

    “Jadi saya tak nak bagi orang terasa dan nak menjaga hati dan perasaan mereka,” katanya.

    Menurut Uqasha, dia bersyukur sepanjang kehamilan tidak berdepan alahan teruk.

    “Alhamdulillah, saya tidak alami alahan termasuk mabuk hamil. Malah, saya juga tidak mengidam makanan atau benda pelik.

    “Cuma sepanjang tiga bulan ini saya terpaksa berpisah dengan suami kerana dia terikat dengan komitmen kerja di beberapa negeri,” katanya.

    Terdahulu, pelakon yang popular menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa itu mengesahkan dirinya kini hamil, hasil perkongsian hidup dengan pelakon Kamal Adli, 37.

    Sebelum ini, Uqasha pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali iaitu ketika menunaikan umrah pada awal 2022 dan sekitar November pada tahun sama. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda