Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Uqasha Senrose bersabar setahun demi anak

    Pelakon Uqasha Senrose memberi bayangan rumah tangga bersama aktor Kamal Adli sudah lama berdepan masalah.

    Uqasaha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33,  berkata, dia sudah cuba mempertahankan perkahwinan sejak setahun lalu disebabkan anak mereka Hawra Uqaira.

    “Bersabar untuk anak? Ya kerana anaklah saya bertahan selama setahun,” katanya.

    Uqasha meluahkan perkara tersebut bagi menjawab pertanyaan pengikut ketika mengadakan sesi siaran langsung di TikTok.

    Menurut Uqasha, dalam tempoh perkahwian dia sudah cukup memahami situasi yang berlaku sehingga dia membuat keputusan memfailkan perceraian.

    “Kenapa sekrang? Dah terlalu masak dan terlampau masak, terserah kepada kalian (warganet). Kerana saya tidak pernah cakap nak buka aib sesiapa,” jawabnya.

    Dalam masa sama Uqasha juga menganggap kemelut yang berlaku sebagai dugaan yang perlu dihadapi.

    Malah apabila ditanya tentang dirinya, pelakon itu memberitahu dia menangis selepas pulang dari mahkamah pada Rabu.

    “Mata layu sebab saya menangis. Baru balik mahkamah tadi. Ini dugaan untuk saya. Sudah bahagian saya begini, setiap manusia tidak akan henti diuji.” luahnya.

    Terdahulu Uqasha hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu bagi mengikuti prosiding sebutan cerai kali pertama selepas memfailkan permohonan pada 1 Oktober lalu.

    Sebelum ini rumah tangga Kamal dan Uqasha menjadi bualan ramai susulan mereka sudah tidak saling mengikuti di Instagram. – Agensi

    Anak menjadi kekuatan Uqasha bertahan dalam rumah tangga. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda