Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Uqasha serik ‘ditikam belakang’

    Belum pun reda dakwaan mengasari pembantu peribadi, kini aktres popular, Uqasha Senrose dihimpit isu pergolakan rumah tangga bersama suaminya, Kamal Adli.

    Sebelum ini, seorang individu mendakwa dipukul oleh seorang pelakon wanita susulan mendedahkan masalah rumah tangga pelakon berkenaan kepada ibunya.

    Kakak kepada pembantu peribadi yang enggan identitinya didedahkan mendakwa, adiknya dipukul sebanyak dua kali termasuk di hadapan ibu pelakon berkenaan.

    Dakwanya, pelakon berkenaan menumbuk pada bahagian dagu, selain mengacukan senjata tajam ke arah adiknya sehingga mendatangkan kecederaan.

    Meskipun tidak mendedahkan nama pelakon, ada segelintir warganet mengaitkan nama Uqasha.

    Uqasha kecewa, marah dan sakit hati bila ada yang berbuat jahat dan tikam belakang, namun belajar letak sempadan dengan orang luar. – Harian Metro

    Bagaimanapun, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nik Sen, 32, menafikan dakwaan berkenaan, selain turut menyangkal spekulasi rumah tangga sedang bergolak.

    Mengulas perkembangan mengenai isu bersama pembantu peribadi, Uqasha berkata, kes masih dalam siasatan polis dan dia juga masih dalam pemantauan.

    “Kita tunggu sahaja sebab kes ini hanya tunggu tarikh perbicaraan di mahkamah,” katanya ringkas.

    Diusik tidakkah takut apabila ada pihak cuba selongkar kehidupan peribadinya, Uqasha berkata, mulut orang tak boleh tutup.

    “Tak kisahlah orang dalam, luar atau jauh sekalipun, mulut dan hati manusia berbeza.

    “Bagaimanapun, saya okay sahaja, kini lebih fokus jaga anak,” katanya kepada BH Online. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda