PARIS, 29 Jun – Rigoberto Uran dari Colombia, pelumba kedua dalam Tour de France pada tahun lepas, semalam berkata dia merancang untuk memfokuskan setiap butiran ketika dia mengetuai pasukan EF-Drapac dalam perlumbaan tahun ini.
Uran yang dipetik ketika pasukan itu mengumumkan skuad jelajah mereka dalam laman sesawang mereka.
“Apa yang berlaku pada Julai nanti merupakan peringkat tertinggi, setiap penunggang, setiap peringkat, setiap saat. Ia semuanya penting,” kata Uran, yang pada tahun lepas menamatkan 54 saat di belakang Chris Froome.
“Saya perlu fokus selama 21 hari. Ia adalah penting untuk fokus dalam perlumbaan, di atas meja, untuk tidur. Dari mula anda bangun sehingga masa anda tidur, ia seperti merangkul Kejuaraan Dunia setiap hari selama tiga minggu.”
Uran, 31, menghasilkan kemunculan kelimanya dalam Jelajah. Dia adalah penunggang Colombia ketiga untuk menamatkan di atas podium akhir, tetapi ketika penunggang–penunggang lain dari negara itu memenangi perlumbaan King of the Mountains lima kali, belum ada yang memenangi Jelajah.
Ketua eksekutif pasukan, Jonathan Vaughters berkata Uran adalah “seseorang yang yakin bahawa dia boleh memenangi perlumbaan. Kami membangunkan pasukan ini bagi membantunya memenuhi tujuan tersebut.” – AFP