Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Urawa singkirkan JDT dari ACL

    SAITAMA, 19 OGOS – Pasukan Jepun, Urawa Red Diamonds layak ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas membenam pasukan Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) 5-0 di laman sendiri, hari ini.

    Perlawanan kalah mati zon Timur diadakan di Saitama dan juara dua kali itu memanfaatkan sepenuhnya bermain di hadapan penyokong sendiri.

    Pemain Denmark, Alexander Scholz meletakkan Urawa di hadapan pada minit kelapan menerusi sepakan penalti sebelum penyerang Sweden, David Moberg Karlsson menambah dua gol sebelum separuh masa dan pemain gantian Kasper Junker meledak dua gol pada lewat perlawanan.

    Urawa akan menyertai Vissel Kobe ke pusingan lapan terakhir, sementara BG Pathum United dari Thailand turut mara ke pusingan seterusnya selepas mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Kitchee dari Hong Kong sehari sebelumnya.

    Pasukan Jeonbuk Hyundai Motors dari Korea Selatan melengkapkan senarai saingan suku akhir di zon Timur, dan undian akan dibuat pada Sabtu.

    Pasukan JDT dilihat hampir beraksi di pusingan kalah mati ACL buat kali pertama tetapi Urawa berjaya berada di hadapan apabila Scholz dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti.

    Moberg menjadikan kedudukan 2-0 melalui sepakan percuma, sebelum pemain Sweden itu merembat gol ketiga perlawanan.

    Pemain gantian, Junker berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke-76 dan sekali gus melengkapkan kemenangan.

    Sementara itu, BG Pathum United menamatkan perjalanan Kitchee di ACL selepas mencatat kemenangan bergaya. – AFP

    Aksi Alexander Scholz mengawal bola daripada dirampas oleh pemain JDT, Fernando Forestieri di saingan ACL, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...