Monday, April 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    URDA tamat khidmat kontraktor gagal siap projek

    KUCHING, 24 JULAI – Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) mengambil tindakan tegas dengan membatalkan kontrak kepada kontraktor yang gagal menyiapkan projek pembangunan di bawah seliaannya yang meliputi kawasan Kapit, Kanowit, Song, Belaga dan Bukit Mabong.

    Pengerusi URDA, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata sikap kontraktor yang tidak dapat menyiapkan projek itu umpama menganiayai rakyat yang memerlukan pembangunan seperti jalan raya dan bekalan air.

    “Itu antara perkara yang dibincangkan dan beberapa syarikat kontraktor telah ditamatkan kerana gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Saya difahamkan mungkin sebelum akhir tahun ini kita boleh tender semula (projek-projek infrastruktur),” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengurusan URDA, hari ini.

    Nanta, yang juga Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Kapit, berkata setakat ini sebanyak 26 projek pembangunan yang telah dirancang di kawasan itu sedang dilaksanakan dan telah mencapai status lebih 60 peratus siap. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda