SALVADOR, 30 JUN – Penjaga gol Peru, Pedro Gallese menafikan sepakan Luis Suarez ketika Peru menewaskan Uruguay menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi tadi, sekali gus mara ke separuh akhir Copa Amerika, di mana mereka akan berdepan Chile.
Edison Flores menjaringkan penalti penentu apabila Peru, yang dibelasah 5-0 oleh Brazil dalam perlawanan sebelum ini, mara ke separuh akhir buat kali ketiga dari empat edisi terakhir Copa.
Ia adalah satu perubahan nasib yang luar biasa buat Gallese, yang menjadi punca dalam kekalahan besar kepada Brazil.
Tetapi di Salvador, dia meneka dengan tepat bagi menafikan sepakan pemain penyerang Barcelona, Suarez. – AFP