Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Urus segera bangkai haiwan di jalan

    Bangkai-bangkai haiwan dilanggar atau mati di jalan raya negara kita acap kali kelihatan di mana-mana.

    Ia bukanlah pemandangan cantik, malahan sedikit memalukan melihat jalan raya kita yang menjadi tempat pergerakan yang selamat dan lancar, dicemari dengan bangkai haiwan yang terbiar, menimbulkan risiko keselamatan dan imej yang kurang menyenangkan.

    Apa lagi jika bangkai-bangkai itu tetap dibiarkan berhari-hari di jalan raya, dihurungi lalat dan dibiarkan membusuk sahaja.

    Sehubungan itu, pihak relevan seharusnya segera mengatasi masalah ini, kerana bangkai haiwan yang dibiarkan, tidak hanya mengundang bau busuk dan mengejutkan pengguna jalan, malahan berpotensi menyebabkan kemalangan baharu melibatkan pemandu yang tidak mengambil kira kewujudan bangkai tersebut.

    Adalah penting bagi pihak berkenaan, termasuk pengawal selia jalan raya dan pihak kawalan haiwan untuk lebih peka dan bertindak dengan cekap dalam menangani bangkai haiwan ini.

    Gambar Freepik (ditapis)

    Jangan biarkan bangkai haiwan ini terbiar berhari-hari di jalan raya kerana ia boleh sahaja menjejaskan keselamatan awam terutamanya pemandu dan pengguna jalan raya.

    Selain itu, pihak yang berkenaan harus lebih proaktif menjalankan pemantauan berkala di lokasi-lokasi yang kerap mengalami insiden kemalangan. Langkah-langkah pencegahan, seperti mengadakan rondaan kerap untuk membuang bangkai haiwan dengan segera, perlu diterapkan untuk mengurangkan risiko potensi kemalangan dan memelihara citra negatif yang terkait dengan ketidakcekapan dalam pengurusan.

    Malah pihak relevan boleh sahaja meminta bantuan kepada pemandu untuk melaporkan mengenai bangkai haiwan yang ditemui agar perkara itu segera ditangani.

    Ini boleh dibuat dengan mewujudkan saluran platform laporan yang mudah diakses dan berkesan bagi orang awam, untuk memastikan tindakan pantas dapat diambil. Pemandu-pemandu juga perlu diberitahu mengenai tindakan yang sepatutnya dibuat apabila berdepan dengan situasi serupa.

    Tindakan perlahan dan reaksi tidak memadai hanya akan menimbulkan kekecewaan orang ramai. Oleh itu, sewajarnya jalan raya dipastikan bebas daripada gangguan tidak diingini ini.

    SM Junaidi

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    Hari Keluarga PBMP promosi budaya kesejahteraan

    Jurutera rugi RM247,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

    Komited promosi perdagangan adil, mampan

    Berita Berkaitan

    30 militan terkorban dalam operasi dekat dua sempadan

    ISLAMABAD, 20 NOV - Pasukan keselamatan Pakistan membunuh 30...

    Singapura rampas tanduk badak bernilai lebih AS$800,000

    SINGAPURA, 19 NOV – Singapura telah merampas tanduk badak...

    Puluhan sekolah ditutup akibat pasir permainan budak tercemar 

    SYDNEY, 18 NOV - Pasir permainan kanak-kanak yang diimport...

    Kes bunuh: penjaga sekolah Bosnia dipenjara 42 tahun

    SARAJEVO, 17 NOV - Seorang penjaga sekolah menengah di...

    Terkini

    Hari Keluarga PBMP promosi budaya kesejahteraan

    Oleh Sim Y. H. - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV...

    Jurutera rugi RM247,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

    SIBU, 21 NOV - Seorang jurutera lelaki berusia dalam...

    Komited promosi perdagangan adil, mampan

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV -...

    Rampasan dadah cecah lebih RM459j dalam 10 bulan – Kastam

    KUALA LUMPUR, 21 NOV - Jabatan Kastam Diraja Malaysia...