Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Usah jadi manusia pengecut’

    Di kala sering menjadi mangsa ejekan tubuh atau ‘body shaming’ oleh segelintir warga maya, penyanyi Liza Hanim, 44, tetap positif dengan menganggap apa yang diperkatakan individu tak bermoral tidak sesekali menjejaskan ketenteraman hidupnya.

    Bagaimanapun, penyanyi yang memulakan kerjaya sekitar 1996 itu berpendapat ada kala perlu bersuara untuk memberi pengajaran dan kesedaran kepada individu yang suka merendah-rendahkan bentuk fizikal orang lain.

    Sebelum ini, menerusi entri dalam Instagram (IG), Liza secara sinis bertanya kepada individu terbabit adakah artis berbakat tetapi tidak cantik, tak layak diangkat sebagai pemenang dalam mana-mana pertandingan di Malaysia atau peringkat antarabangsa?

    Liza turut mempersoalkan motif individu itu mencipta akaun media sosial palsu semata-mata untuk berselindung ketika meninggalkan komen jelek mengenai bentuk fizikal seseorang.

    Pemilik nama Haliza Hanim Abdul Halim itu berkata, dia rasa sedih dan marah kerana zaman sekarang masih ada lagi pemikiran menganggap rupa paras menjadi faktor kejayaan seseorang.

    “Kalau lihat di negara luar, mereka tidak mempunyai pemikiran sedemikian, tetapi individu yang memberikan komen boleh dianggap ketinggalan zaman. “Saya berada di fasa enggan menghiraukan apa sahaja diperkatakan warganet.

    Saya sudah capai pelbagai perkara dan sekarang, gembira dengan keluarga, jadi tak terguris dengan ejekan ini.

    “Saya cuma marah manusia seperti ini masih wujud. Zaman sekarang ramai orang bersembunyi di sebalik akaun media sosial untuk mengutuk dan bercakap sesuka hati, jadi perbuatan ini sangat salah.

    “Bagi saya, orang seperti ini ‘pengecut’ dan tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang diperkatakan,” katanya kepada BH Online. – Agensi

    Liza bengang individu yang masih mempunyai pemikiran ketinggalan zaman dengan meninggalkan komen jelek. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda