SUNGGUH merisaukan apabila mengetahui produk yang kita jual kini mempunyai pesaing.
Lebih menggerunkan pula apabila melihat penerimaan orang ramai terhadap produk pesaing lebih hebat dan ternyata mempunyai nama yang sungguh dikenali di pasaran. Terdiam seketika memikirkannya kerana mereka bukanlah calang-calang pesaing yang mampu ditewaskan dengan mudah.
Usah panik dan rasa berputus asa dengan apa yang telah berlaku. Ini kerana ianya merupakan perkara yang biasa dalam pasaran.
Tiada satu produk pun yang akan berkekalan dalam perniagaan, turun dan naik sesuatu jualan atau produk merupakan perkara yang sangat normal.
Apa yang anda perlu lakukan ialah teruskan usaha dan jangan sama sekali menyerah kepada takdir semata-mata serta usah mudah patah semangat akibat terlalu menghormati pesaing. Berikut merupakan antara lima tindakan yang boleh anda lakukan untuk bersaing dengan lebih hebat di pasaran iaitu:
1.Perang harga bukanlah segalanya
Tak perlu mengambil pusing sangat jika andai kata harga yang anda tawarkan di pasaran agak tinggi jika dibandingkan dengan harga pesaing anda. Ini kerana bukan semua bakal pembeli atau pelanggan akan melihat harga yang ditawarkan.
Apa yang penting adalah bagaimana kita memberikan penerangan secara jelas dan tepat dengan menawarkan apakah perkhidmatan nilai tambah kepada produk yang ditawarkan. Ini wajib kerana kebiasaannya bakal pembeli atau pelanggan menerimanya bukan disebabkan oleh produk tetapi hanya kerana cara kita menjualnya.
2.Kenal pasti pelanggan dan bakal pembeli
Jangan menyasarkan secara membuta mengikut nafsu, sasarkan jualan produk anda kepada bakal pembeli atau pelanggan yang sepatutnya sahaja. Anda tidak boleh menjual ubat kuruskan badan kepada orang yang kurus, jadi anda perlu kenali siapakah sebenarnya bakal pembeli produk anda dan ketahui kemahuan mereka.
Mungkin ada satu-satu masa mereka seolah-olah menolak produk jualan anda tetapi percayalah bahawa penolakan itu sebenarnya bukanlah pengakhiran kerana kalau kita cerdik dan bijak serta pandai memberikan sebab-sebab relevan sudah pasti bakal pembeli atau pelanggan pada akhirnya akan menerima juga apa yang kita tawarkan.
3.Ketahui sepenuhnya kelebihan dan kekuatan produk
Pengetahuan berkenaan dengan produk anda serta pasaran merupakan aset penting yang menentukan kejayaan anda. Tanpa pengetahuan serta ilmu, anda tidak akan ke mana-mana. Usah risaukan pesaing dahulu, risaukan dulu kewibawaan kita adakah kita sudah memiliki pengetahuan yang jelas dan lengkap berkenaan produk dan pasaran atau tidak.
Ini penting kerana jika bakal pembeli bertanya maklumat lanjut berkenaan produk, kita mampu menjawabnya dengan penuh yakin dan keyakinan inilah yang akan membuatkan mereka membeli. Kajilah ilmu serta pengetahuan sedalam-dalamnya berkenaan dengan produk anda bagi mengelakkan kita akan dipandang rendah serta kurang diyakini oleh bakal pembeli.
4.Kaji kelemahan dan kekurangan pesaing anda
Ada sesetengah pihak yang menganggap bahawa persaingan di pasaran ini ibarat seperti peperangan dan pesaing ibarat pihak musuh yang perlu dikalahkan. Semua ini karut!
Anda perlu bersahabat dengan pesaing anda dan bukannya bermusuh dengan mereka. Kita bukan sahaja dapat membina networking bersama mereka tetapi kita juga boleh mengetahui segalanya berkenaan produk mereka termasuklah kelebihan dan kekurangan produk mereka. Anda tidak akan dapat apa-apa jika bermusuh dengan mereka.
5.Percaya dan yakin sepenuhnya pada produk anda
Jika kita mahu menjual, kita kena yakin dengan apa yang kita tawarkan. Kita bukannya menjual produk keperluan asas seperti gula, garam, tepung dan sebagainya yang semuanya telah diketahui tanpa perlu penerangan yang mendalam.
Kerana itu kita kena sangat yakin tentang segala keupayaan dan kelebihan yang ada pada produk yang kita mahu tawarkan ini. Jika kita yakin, sudah pasti keyakinan kita tersebut boleh dipindahkan pula kepada bakal pembeli atau pelanggan tanpa ragu-ragu.
Kesimpulannya, jika anda menghadapi persaingan dalam perniagaan anda, ingatlah bahawa usah mudah mengalah dan tidak yakin dengan keupayaan diri serta produk anda. Hilangkan semua unsur-unsur negatif yang menghalang kejayaan anda dan berubahlah menjadi lebih yakin serta lebih berwibawa.
Ingatlah bahawa tiada satu perkara pun yang mudah dan senang melainkan kena tempuh juga melalui dengan segala ketabahan, kecekalan, kesabaran dan ketenangan.
Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata orang tapi jadikanlah diri kita terpengaruh dengan hasil kejayaan kita menjual produk yang ditawarkan. Sesungguhnya itulah pendorong dan pencetus semangat kita untuk bertindak ke arah mencari kejayaan yang hakiki.
Analisis S.W.O.T dalam perniagaan
Apa itu Analisis S.W.O.T? Analisis S.W.O.T adalah satu kaedah atau proses yang biasa digunakan dalam perancangan dan persediaan dalam sesuatu pernia-gaan.
S.W.O.T adalah merupakan singkatan kepada ayat Strengths, Weaknesses, Opportunities dan Threats. Objektif pembentukan S.W.O.T ini adalah bertujuan untuk menilai analisis dalaman dan luaran yang dapat membantu pembentukan atau mempengaruhi sesuatu kejayaan.
Strength dan Weaknesses adalah merupakan analisis dalaman, manakala Opportunities dan Threats adalah analisis luaran.
Analisis dalaman
Analisis dalaman melakukan penilaian secara menyeluruh mengenai kekuatan potensi persekitaran dalaman dan kelemahan. Antara faktor-faktor yang harus dinilai di seluruh organisasi dalam bidang-bidang seperti struktur organisasi, budaya syarikat, jenama kesedaran, pasaran saham, sumber kewangan, eksklusif kontrak, strategi dan rahsia perdagangan, operasi kecekapan dan operasi kapasiti.
Analisis luaran
Sebuah kesempatan adalah satu peluang untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan baharu yang dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan. Peluang ini boleh muncul ketika terjadi perubahan dalam persekitaran luaran. Kebiasaannya, perubahan ini dikatakan sebagai ancaman terhadap kedudukan pasaran produk yang sudah ada dan mungkin memerlukan perubahan dalam spesifikasi produk atau pembangunan produk baharu dalam rangka bagi syarikat untuk tetap kompetitif. Perubahan persekitaran luaran mungkin berkaitan dengan pelanggan, persaingan, trend pasaran, pembekal, laman sosial, teknologi baharu, ekonomi persekitaran, politik dan persekitaran peraturan.
Strength (kekuatan)
Kekuatan sebuah syarikat adalah sumber daya dan kemampuan yang boleh digunakan sebagai asas untuk membangunkan keunggulan kompetitif. Contoh kekuatan tersebut adalah paten, nama-nama jenama yang kuat, reputasi yang baik di antara para pelanggan, kos keuntungan dan menguntungkan akses kepada rangkaian pengedaran.
Weakness (kelemahan)
Dalam beberapa kes, kelemahan mungkin merupakan sisi lain dari suatu kekuatan. Muat kes di mana syarikat mempunyai jumlah yang besar kapasiti pengeluarannya. Sementara kapasiti ini boleh dianggap sebagai kekuatan yang pesaing tidak boleh berkongsi juga boleh dianggap sebagai lemah jika pelaburan yang besar dalam kapasiti perkilangan mencegah syarikat dari memberi reaksi yang cepat terhadap perubahan persekitaran yang strategik.
Tidak ada kekuatan tertentu yang boleh dilihat sebagai kelemahan. Contohnya, berikut boleh dianggap sebagai kelemahan, kurangnya perlindungan paten, nama jenama yang lemah, reputasi yang kurang baik, kurangnya akses kepada sumber daya alam terbaik dan struktur kos tinggi.
Opportunity (peluang)
Analisis persekitaran luaran boleh mendedahkan peluang baharu untuk keuntungan dan pertumbuhan. Beberapa contoh peluang tersebut merangkumi kedatangan teknologi baharu, tidak memenuhi keperluan pelanggan, pelonggaran peraturan dan pengeluaran halangan perdagangan antarabangsa.
Threat (ancaman)
Perubahan persekitaran luaran juga boleh mendatangkan ancaman bagi sesuatu syarikat antaranya, munculnya produk pengganti, pengeseran selera pelanggan dari produk-produk syarikat, peraturan baharu dan hambatan perdagangan meningkat.
Contoh analisis SWOT bagi perniagaan kedai kek
1. Kekuatan (strengths)
Kekuatan merujuk kepada kelebihan, keistimewaan atau kebolehan yang dimiliki oleh sesebuah organisasi itu sen-diri yang tidak ada pada organisasi lain. Kekuatan ini akan memberi kemampuan bersaing kepada organisasi tersebut. Contoh soalan untuk mengetahui kekuatan sesebuah organisasi ialah :
– Apakah kelebihan yang dimiliki oleh syarikat kita berbanding syarikat lain?
– Apakah yang boleh kita lakukan yang orang lain tidak boleh lakukan?
– Apakah perkara yang membolehkan pelanggan setia dengan produk kita?
– Bidang apa yang kita mahir atau pakar?
a) Menawarkan pelbagai jenis kek
Ia adalah merupakan satu-satunya kedai yang menawarkan pelbagai jenis kek kepada pelanggan. Dengan ini pelanggan akan dapat merasai pelbagai rasa kek yang sedia ada dan baharu. Pelbagai pilihan yang menarik dengan bentuk yang kreatif hasil daripada perbincangan dengan rakan sekerja.
b) Pentadbiran organisasi kukuh
Kekuatan dalam pentadbiran perniagaan kerana setiap pekerja telah diberi tugas untuk menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melicinkan aktiviti perniagaan. Peranan yang telah dimaklumkan dan difahami oleh setiap pekerja semasa memulakan pekerjaan menjadi kekuatan utama dalam mengurus perniagaan.
c) Menawarkan harga kompetitif
Harga yang ditawarkan bagi setiap produk adalah kompetitif. Harga diletakkan berdasarkan kepada kandungan bahan yang digunakan dan melihat keadaan pasaran semasa. Harga yang ditawarkan juga adalah sama dengan pesaing yang ada di kawasan sekitar.
d) Lokasi strategik
Lokasi perniagaan strategik iaitu terletak di tengah-tengah bandar dan dikelilingi oleh sekolah, pejabat kerajaan, swasta dan juga berhampiran dengan kawasan perumahan. Jadi, pelanggan akan sentiasa ada untuk membeli produk yang ditawarkan kerana kek merupakan salah satu makanan yang boleh mengenyangkan dan menarik pelanggan.
2. Kelemahan (weaknesses)
Kelemahan merupakan keadaan perniagaan atau syarikat dalam menghadapi pesaing yang mempunyai keterbatasan dan kekurangan serta kemampuan dalam menguasai pasaran, sumber serta kepakaran. Kelemahan yang dimaksudkan dalam sesebuah perniagaan ialah keterbatasan atau kekurangan dari aspek sumber termasuklah sumber tenaga, kepakaran dan bahan mentah, kemahiran dan kemampuan yang menjadi penghalang utama bagi penampilan prestasi organisasi yang memuaskan.
a) Tidak mempunyai pelanggan tetap
Pada permulaan perniagaan dijalankan sudah menjadi lumrah bahawa pelanggan masih lagi tidak mengetahui tentang kelebihan produk yang ditawarkan. Oleh itu, pemilik dan pekerja perlu berusaha dengan lebih giat untuk mendapatkan pelanggan dan seterusnya menjadi pelanggan tetap perniagaan.
b) Kurang dikenali
Perniagaan syarikat A merupakan perniagaan yang kurang ternama jika dibandingkan dengan perniagaan pesaing lain seperti syarikat B, C dan lain-lain. Ini kerana ia (syarikat A) merupakan perniagaan baharu dan perlu giat menjalankan promosi untuk menarik pelanggan supaya dapat menembusi pasaran dan pesaing yang ada. – Agensi