Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Usah tekan Zii Jia – Roslin

    BANGKOK, 6 MEI – Jangan letak harapan menggunung kepada Lee Zii Jia! Itu pesanan bekas jaguh badminton negara Roslin Hashim yang ditujukan kepada pasukan Malaysia dalam Kejohanan Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand berlangsung 8 hingga 15 Mei ini.

    Biarpun Zii Jia masih segar dengan kejayaan menjuarai Kejohanan Badminton Asia 2022 di Manila, Filipina, Ahad lepas, Roslin beranggapan prestasi pemain perseorangan lelaki negara itu masih terumbang-ambing sejak memilih bergelar pemain profesional Januari lepas.

    Roslin yang pernah beraksi sebanyak empat kali di Piala Thomas sebelum ini berharap agar rakan sepasukan lain memikul tanggungjawab sama rata untuk memastikan Malaysia mencatat kejayaan membanggakan dalam kejohanan berlangsung di Impact Arena itu.

    Selain Zii Jia dan Daren, kem perseorangan negara pada kejohanan itu turut dibarisi tiga pemain muda iaitu Ng Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin dan Leong Jun Hao.

    Kem beregu negara pula diwakili Aaron Chia selaku ketua pasukan yang bergandingan dengan Soh Wooi Yik diikuti Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Chia Weijie.

    Mengenai cabaran Malaysia di Piala Uber pula, Roslin yang juga juara Sukan SEA 2001 berkata agak mustahil bagi skuad negara untuk melepasi Kumpulan C kerana perlu berdepan dua pasukan terkuat iaitu tuan rumah dan Denmark selain Mesir. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...