ISLAMABAD, 18 Okt – Pakistan hari ini memberitahu Iran bahawa usaha ‘aktif’ telah dilancarkan untuk mencari 11 anggota keselamatan Iran, termasuk pegawai-pegawai Keselamatan Revolusi, yang telah diculik berhampiran sempadan negara yang dikongsi.
Pihak keselamatan mengecam kumpulan pengganas yang disokong oleh pihak asing untuk melakukan penculikan Selasa lalu di bahagian tenggara sempadan bersama Pakistan.
Kementerian Luar Pakistan berkata Menteri Luar Shah Mahmood Qureshi bertemu rakan sejawatannya dari Iran, Javad Zarif di Islamabad dan menerangkan beliau mengenai usaha berterusan telah dilancarkan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang Pakistan untuk mengenal pasti keberadaan anggota keselamatan Iran yang hilang dengan kerjasama dengan tentera Iran dan perisikan.
Kejadian culik itu menurut Qureshi adalah disebabkan pihak musuh tidak senang dengan hubungan rapat antara Pakistan dan Iran.
Kumpulan yang diculik itu terlibat dalam ‘operasi keselamatan’, termasuk dua anggota unit perisikan Keselamatan Revolusi dan tujuh militan Basij dan juga anggota pengawal sempadan biasa, menurut Kelab Wartawan Muda (YJC) dalam satu artikel yang kemudiannya dihapuskan.
Penculikan itu berlaku di wilayah Sistan-Baluchistan, yang telah lama menjadi tempat utama krisis, di mana pejuang pemisah Baluchi yang berpangkalan di Pakistan dan pejuang pelampau sering kali melancarkan serbuan ke atas pos keselamatan Iran.
Wilayah tersebut mempunyai komuniti etnik Baluchi Suni Muslim yang besar. – AFP
