Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Usaha banteras penyeludupan dadah rentas sempadan dibincangkan

    VIENTIANE, 18 NOV – Pegawai-pegawai dari Laos, Thailand dan Myanmar telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan kerjasama membanteras jenayah rentas sempadan, terutama penyeludupan dadah di sempadan Golden Triangle, menurut laporan media hari ini.

    Menurut kenyataan di laman sesawang Pejabat Pendakwa Raya Tertinggi Laos, mesyuarat kedua Rangkaian Pendakwa Raya Golden Triangle mengenai ‘Kerjasama untuk Membanteras Penyeludupan Narkotik di Wilayah ini’ telah diadakan di wilayah Luang Prabang, utara Laos.

    Mesyuarat turut mendengarkan pembentangan mengenai asas undang-undang berkaitan menentang dan membanteras jenayah dadah, cadangan dan bagaimana untuk memperbaiki kerjasama dalam perkara berkaitan jenayah.

    Para peserta bersetuju jenayah rentas sempadan, telah menjadi isu global yang mengancam keselamatan negara di rantau itu dan rantau lainnya. – Xinhua

    Gambar bertarikh 26 Jun menunjukkan dadah yang dirampas dimusnahkan di Yangon, Myanmar. Pegawai dari Laos, Thailand dan Myanmar mengadakan mesyuarat untuk membincangkan jenayah rentas sempadan terutama penyeludupan dadah. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...