Wednesday, February 26, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha bawa keluar rakyat Malaysia dari Sudan sudah dilaksanakan

    KUALA LUMPUR, 24 APRIL – Usaha dan tindakan membawa keluar rakyat Malaysia dari kawasan pertempuran di Khartoum telah pun dilakukan.

    Bagaimanapun, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata keberadaan mereka ketika ini belum boleh dikongsikan atas faktor keselamatan. 

    “Proses membawa keluar rakyat Malaysia telah memasuki fasa kritikal, susulan kedua pihak yang bersengketa tidak menghormati gencatan senjata. 

    “Saya memohon rakyat Malaysia mendoakan kesemua mereka selamat dan misi mengeluarkan mereka dari Sudan berjaya dilakukan,” katanya ketika dihubungi BERNAMA TV di sini hari ini.

    Dr Zambry berkata Wisma Putra dan lain-lain agensi di Pusat Operasi Ops Sudan terus gigih berusaha untuk membawa keluar rakyat Malaysia.

    Sebelum ini, Dr Zambry berkata Malaysia sudah menghubungi pentadbiran tertinggi Sudan bagi memohon kelulusan lintas udara dan mendarat di negara itu.

    Ia susulan tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan melanjutkan penutupan ruang udara ne-gara itu sehingga 30 April. – Bernama

    Orang ramai yang dipindahkan dari Sudan tiba di lapangan terbang tentera di Amman, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda