Friday, March 14, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha bawa pulang Jho Low masih berterusan

    KUALA LUMPUR, 30 DIS – Pada 4 Disember 2018, Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap ahli perniagaan dalam buruan Low Teak Jho atau Jho Low.

    Selepas itu, pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk membawa balik ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal pengurusan dana 1MDB. Jho Low, 38, dikehendaki bukan sahaja atas beberapa pertuduhan melibatkan penyelewengan dana berkenaan, tetapi turut dikehendaki selaku saksi penting dalam kes perbicaraan melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Pada awal tahun in (10 Januari), Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan terus mencari Jho Low, biarpun lokasinya sukar dikesan. Rentetan itu, pada April ahli perniagaan berasal daripada Pulau Pinang itu dikhabarkan berada di beberapa kawasan seperti Hong Kong, Macau, Shanghai, Shenzhen, Beijing dan Hainan di China. Pada Oktober Jho Low didakwa berada di Amerika Syarikat bagi menghadiri Parti Hollywood. Namun semua dakwaan itu dinafikan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador yang menyatakan Jho Low sebenarnya mendapat perlindungan daripada sebuah negara namun tidak mendedahkan negara itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda