ATHENS, 29 NOV – Sebuah syarikat pengurusan kapal sedang berunding untuk membebaskan tiga pelaut Greek yang diculik awal bulan ini oleh lanun di luar pantai Nigeria, kata Kementerian Tentera Laut Athens hari ini.
Tiga dari lima kru kapal itu diculik dari kapal Stelios K selepas penyerang menaikinya pada 16 November.
Pada masa ini, sebuah pengurusan kapal, yang memiliki kapal tangki bahan bakar, sedang dalam perbincangan untuk pembebasan tebusan, kata kementerian itu.
Kementerian itu menambah bahawa semua kru berada dalam keadaan baik.
Pada kejadian tersebut, lanun menculik kapten dan dua kru Stelios K sebagai tebusan.
Serangan bulan ini ke atas Stelios K adalah kejadian penculikan ke-23 di Teluk Guinea pada tahun 2020, dengan jumlah 118 orang telah menjadi mangsa culik, menurut firma keselamatan maritim, Dryad Global yang berpangkalan di UK.
Syarikat itu mengeluarkan ‘penilaian risiko kritikal’ untuk Teluk Guinea sejurus selepas tebusan, dengan mengatakan bahawa ini merupakan penculikan kedua dalam tempoh tiga hari. – AFP