Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Usaha cari mangsa banjir diteruskan

    CESENA, ITALI, 18 MEI – Pekerja penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa yang masih terperangkap dalam banjir di timur laut Itali hari ini ketika lebih ramai penduduk dipindahkan selepas hujan lebat yang mengorbankan sembilan orang dan memusnahkan rumah dan ladang.

    Penduduk mengharungi air kotor atau mendapatkan semula apa yang boleh dicari dari rumah yang basah di bandar di seluruh wilayah Emilia Romagna, yang terkenal dengan bandar bersejarah dan gastronomi yang unik.

    Ketika usaha pembersihan besar-besaran dijalankan di beberapa kawasan, pihak berkuasa berkata bekalan elektrik telah dipulihkan sebahagiannya, tetapi kira-kira 27,000 orang masih berada dalam kegelapan.

    Hampir 24 sungai dan anak sungai dibanjiri di seluruh tenggara kawasan rendah berikutan hujan lebat awal minggu ini, menenggelamkan seluruh kawasan kejiranan dan tanah ladang, serta merosakkan 400 jalan raya.

    Kumpulan lobi pertanian, Coldiretti berkata hari ini lebih daripada 5,000 ladang ditenggelami, dengan haiwan yang lemas dan puluhan ribu hektar ladang anggur, pokok buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin ditenggelami air. – AFP

    Anggota bomba memindahkan seorang wanita dengan bot getah di Forli selepas banjir di tengah Itali pada 17 Mei 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...