Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Usaha cari PBT Muhammad Syafiq masih giat dijalankan

    LIMBANG, 27 JUN – Usaha mencari Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim, anggota tentera Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang dilaporkan hilang semasa melaksanakan Op Ukur di Limbang bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Sarawak pada 18 Jun lepas masih giat dijalankan.

    Menurut kenyataan Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia (TDM) operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota Rejimen Sempadan yang berpangkalan di Kem Kidurong, Bintulu itu memasuki hari ke-10 dengan kaedah pencarian udara dan darat dilakukan sekitar kawasan Ulu Mendalam.

    “Antara aset yang diaturgerakkan adalah helikopter EC 725 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan helikopter LOH (AW 109) Agusta milik TDM serta dipergiatkan lagi dengan bantuan unit Anjing Pengesan K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM),” menurut kenyataan itu.

    Pihak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) turut melaksanakan pencarian di sekitar kawasan radius pencarian sektor mereka. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...