Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha cegah wabak berdepan kesukaran

    GOMA, Congo, 30 Nov – Usaha mencegah wabak Ebola di Congo berdepan kesulitan apabila pasukan perubatan sering menerima ancaman militia menyebabkan jumlah korban akibat penyakit itu terus meningkat.

    Baru-baru ini, pasukan perubatan dihalang dan diancam dengan senjata parang ketika cuba memasuki sebuah kampung di timur negara itu.

    Pertelingkahan yang semakin memuncak di kalangan militia kerana merebut menguasai tanah dan sumber semula jadi itu, menyukarkan lagi usaha pemberian vaksin dan rawatan.

    Keadaan itu memaksa pekerja bantuan kemanusiaan yang ditempatkan di bandar Beni dipindahkan buat sementara waktu ke wilayah Kivu Utara berdekatan Rwanda dan Uganda.

    Congo sebuah negara yang luas dengan jumlah penduduk melebihi 80 juta orang, dibelenggu ketidakstabilan politik dan krisis pelarian, para pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat masalah kesihatan awam di negara itu adalah paling mencabar dan kompleks dalam sejarah.

    Wabak Ebola kesembilan melanda negara itu sejak mula ditemui pada 1976 dan dalam tempoh empat bulan lalu telah meragut 241 nyawa selain menjangkiti 422 yang lain.

    Penularan wabak paling dasyat bermula pada 2013 menyaksikan lebih 11,000 orang maut dalam tempoh tiga tahun, kebanyakannya dilaporkan di Liberia, Guinea dan Sierra Leone. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda