Tuesday, February 25, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha China hapuskan jangkitan rabies

    BEIJING – China telah meningkatkan usahanya untuk menangani rabies, satu penyakit maut yang membunuh 70,000 orang di seluruh dunia setiap tahun.

    Baru-baru ini, pada Hari Rabies Sedunia, pakar dari World Animal Protection (WAP) berkata bahawa kaedah yang paling berkesan untuk mengawal rabies adalah vaksinasi haiwan peliharaan dan anjing tempatan yang berskala besar.

    Vaksin anjing

    Rabies adalah penyakit virus yang menyebabkan keradangan otak pada manusia dan mamalia lain. Haiwan liar adalah tempat dan vektor utama bagi virus tersebut. Di China ia diklasifikasikan sebagai wabak penyakit peringkat-kedua.

    Namun kerana adanya imunisasi anjing yang lebih besar dan meningkatnya liputan mengenai vaksinasi haiwan peliharaan pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah kematian yang disebabkan oleh penyakit itu telah menurun di China.

    Menurut Kementerian Pertanian, jumlah jangkitannya kepada manusia di China menurun daripada 1,425 pada tahun 2012 kepada kurang daripada 600 pada tahun 2016.

    Menurut Kementerian Pertanian di negara itu, jumlah jangkitan rabies kepada manusia di China menurun daripada 1,425 pada tahun 2012 kepada kurang daripada 600 pada tahun 2016.

    Kajian WHO memperlihatkan bahawa lebih daripada 70 peratus daripada populasi anjing di rantau itu telah diberi vaksin. Ia telah menjadi imun yang sangat berkesan dan dapat mencegah daripada penyebaran virus tersebut.

    “Hanya apabila anjing itu sihat, maka kehidupan manusia akan terjamin dan selamat,” kata Yao Yue, pengarah program kanin WAP.

    Dari tahun 2013 hinggalah tahun 2015, WAP dan Kementerian Pertanian China telah menjalankan program perintis ‘Red Collar’ untuk pencegahan dan kawalan rabies.

    Projek ini dibangunkan di tiga buah kawasan berisiko tinggi di negara ini bagi pelaksaan imunisasi anjing secara besar-besaran. Apabila projek itu selesai, kadar anjing imun di kawasan itu mencapai 94 peratus, dan tidak ada kes jangkitan manusia dilaporkan selama tiga tahun.

    Tanggungjawab kawalan penyakit rabies

    Bertentangan dengan kepercayaan, amalan tradisional popular seperti pemusnahan anjing secara besar-besaran – terutama apabila dilakukan tanpa membezakan haiwan yang dijangkiti mahupun yang sihat – sebenarnya mengurangkan jumlah anjing yang diimunisasi dan menghancurkan pertahanan imun yang mantap.

    “Pembunuhan secara besar-besaran itu tidak mempunyai makna yang positif dalam mengawal rabies,” tulis Sun Quanhui, yang bekerja dengan WAP, dalam artikel yang ditandatanganinya.

    “Meningkatkan vaksinasi haiwan kesayangan, mengawal amalan pembiakan haiwan, mengurangkan dan menguruskan jumlah anjing terbiar adalah suatu langkah yang benar-benar berkesan untuk mencegah dan menghapuskan penyakit maut itu.”

    Di bandar-bandar seperti Shenzhen dan Dongguan di Wilayah Guangdong Selatan China, imunisasi berskala besar telah dijalankan sejak tahun 2005, dan kadar anjing imun meningkat daripada 38 peratus pada tahun 2005 kepada lebih 85 peratus hari ini.

    Di bandar-bandar seperti Shenzhen dan Dongguan di Wilayah Guangdong Selatan China, imunisasi berskala besar telah dijalankan sejak tahun 2005, dan kadar imun anjing meningkat daripada 38 peratus pada tahun 2005 kepada lebih 85 peratus hari ini. Ini telah menyebabkan bilangan jangkitannya kepada manusia menurun sehingga sifar di bandar-bandar tersebut.

    Ini telah menyebabkan bilangan jangkitannya kepada manusia menurun sehingga sifar di bandar-bandar tersebut.

    Di Dalian, sebuah bandar pesisir di wilayah timur laut Liaoning, sebuah Pusat Kuarantin Kanin polis telah dijadikan sebagai contoh bagi kawalan rabies yang berkesan dan berciri kemanusiaan.

    Anjing liar yang diselamatkan akan diberikan rawatan dan suntikan oleh badan amal tempatan, Persatuan Perlindungan Haiwan VShine, sebelum dipindahkan ke Pusat Kuarantin Kanin di mana anjing-anjing tersebut diberi perlindungan dan makanan segar, sehingga ia diambil oleh pemilik yang berminat.

    Badan amal tidak meraih keuntungan telah melancarkan kempennya di seluruh China bagi menyebarkan maklumat mengenai pencegahan dan kawalan rabies, dengan harapan ianya dapat dihapuskan.

    Tema Hari Rabies Sedunia pada tahun ini adalah ‘Sifar pada 30’.

    Ia memberi makna bahawa penyakit rabies kanin – membawa kematian kepada manusia – agar dapat dihapuskan menjelang tahun 2030.

    “Rabies adalah penyakit maut yang boleh dicegah 100 peratus. Imunisasi anjing secara besar-besaran bukan sahaja dapat menyelamatkan negara kita dari kerugian dalam kewangan besar, bahkan juga ia akan dapat mencegah penyebaran rabies dengan lebih berkesan lagi,” kata Zhang Yue, salah seorang anggota dari badan kebajikan haiwan dan pengasas yayasan perlindungan haiwan pertama di China, AITA. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda