Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha dakwah dipertajam

    Oleh Yusrin junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Selaras dengan peranannya untuk merancang, mengurus dan melaksanakan hal ehwal agama dengan baik dan berkesan sebagai agama rasmi negara, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Dialog Hala Tuju Dakwah.

    Dialog yang diadakan untuk berkongsi buah fikiran sekitar usaha mempertajamkan dakwah di negara ini berlangsung di Dewan Auditorium 1, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda