Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MEI – Seramai 17 orang pelajar diraikan dalam Majlis Penyampaian Sijil serta Hadiah Cemerlang dan Galakan bagi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) Sesi Akademik 2022 dan 2023 yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Lamunin, Tutong pada 25 Mei lalu.
Majlis berkenaan telah dikendalikan oleh Biro Pendidikan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lamunin dengan kerjasama sekolah-sekolah rendah tadahan.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah kepada pelajar-pelajar yang diraikan ialah Ketua Kampung Lamunin, Tutong, PW1 (B) Saini bin Haji Othman.
Pada majlis berkenaan, 10 orang murid telah menerima penghargaan keputusan cemerlang manakala selebihnya menerima penghargaan galakan dalam peperiksaan itu.
Majlis juga diteruskan dengan penyampaian penghargaan kepada para penderma dalam kalangan pengusaha syarikat dalam tadahan kampung berkenaan.
Biro Pendidikan MPK Lamunin berharap kerjasama seumpama itu perlu diteruskan dalam usaha untuk meraikan kejayaan murid-murid di samping dapat merangsang minat dan motivasi dalam kalangan pelajar supaya sentiasa berusaha bagi memperoleh keputusan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.


– GAMBAR SERAHAN BIRO PENDIDIKAN MPK LAMUNIN

