Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha gigih warga UNN dihargai

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Bagi menghargai tenaga kerjanya, Unified National Networks Sdn Bhd (UNN) telah menganjurkan Family Fun Day di Dewan BRIDEX 2, Jerudong, baru-baru ini.

    Ini adalah kali kedua UNN menganjurkan acara keluarga berskala besar di mana lebih 1,000 pekerja dan keluarga mereka mengambil bahagian.

    Dengan tema Karnival, UNN telah menganjurkan aktiviti indoor dan outdoor seperti Inflatable Obstacle Course Bouncer, Arena Permainan Nerf, Human Claw Machine, TuftBar, tunggangan e-kereta, lukisan inai, lukisan muka, pertunjukan silap mata, aktiviti mewarna, zumba dan siri permainan karnival seperti Shoot that Ball, Goblet Ball Toss, Rolling Tyre, Colour Match, Ring Toss, Tip-a-Jug, Knock’em Teeth Out dan Balloon Pop.

    Pelbagai kiosk makanan dan minuman disediakan oleh vendor tempatan seperti Star Anise, Urbn Kitchen, Marvelous BBQ, Alan’s Churros, Fruitime, Ijoi, London Kebab, Pyorr, Mince, Brolong, Green Wheel, Stop Lok Go , I Say Yatta, Ideal, Burgergar, Energy Juice, Happy Cream dan CO Pais Nyanyat.

    Hari Keluarga UNN turut diadakan bagi memberi ganjaran kepada pekerjanya, menggalakkan keseimbangan kerja-kehidupan, mengamalkan budaya kerja berpasukan, menyemai kemesraan dalam kalangan pekerja dan ahli keluarga, serta memupuk semangat kekitaan dalam organisasi.

    Antara ahli keluarga yang mengikuti aktiviti mewarna. – Gambar serahan UNN

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda