Friday, October 11, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Usaha global henti perang saudara Myanmar tidak berkesan’

    SYDNEY, 10 OKT – Usaha global untuk menghentikan perang saudara Myanmar jelas tidak berkesan, seorang pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menegaskan hari ini ketika dia menggesa para pemimpin untuk bertindak terhadap pemerintahan junta.

    Pelapor khas PBB dan bekas anggota Kongres Amerika Syarikat, Tom Andrews, berkata lebih tiga juta orang telah kehilangan tempat tinggal akibat pertempuran di negara Asia Tenggara itu dalam beberapa tahun.

    Konflik tersebut telah menjadi agenda mesyuarat pemimpin Asia Tenggara minggu ini di Laos, yang mendesak junta dan penentangnya untuk mengambil tindakan konkrit bagi menghentikan pertumpahan darah.

    Sejak tentera Mynamar merampas kuasa pada Februari 2021, junta telah menahan lebih 20,000 orang dalam tindakan kerasnya terhadap pembangkang dan mengebom kawasan kawalan pembangkang, menurut Andrews.

    Namun di sebalik kuasa senjatanya, dia telah bergelut untuk mematahkan pelbagai serangan bersenjata daripada kumpulan etnik dan tentera awam di beberapa buah negeri.

    Dia telah kehilangan kawalan ke atas kawasan negaranya dan mendapat kecaman antarabangsa secara meluas.

    Semasa lawatan ke Australia, Andrews berkata kerajaan Myanmar telah kehilangan berpuluh-puluh ribu askar dalam pertempuran dan telah beralih kepada kerahan tenaga untuk membentuk semula pasukannya.

    “Junta telah bertindak balas terhadap kerugiannya dengan meningkatkan serangan ke atas orang awam,” katanya sambil menganggarkan tentera junta telah membunuh lebih 5,600 orang.

    Andrews menggesa kuasa serantau dan global untuk menggunakan sekatan undang-undang, kewangan dan perdagangan selanjutnya. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda