Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Usaha guna tapak 5G baharu perlu dipercepat

    KUALA LUMPUR, 21 APRIL – Seiring usaha negara ke arah pelaksanaan fasa 5G seterusnya, aspek penggunaan tapak baharu teknologi itu perlu dipercepat serta secara berkesan, kata pengendali infrastruktur menara telekomunikasi, EdgePoint Towers Malaysia.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muniff Kamaruddin berkata penempatan tapak baharu bagi penggunaan 5G di Malaysia juga bukanlah suatu proses mudah kerana melibatkan banyak langkah atau proses. Menurutnya, oleh kerana spektrum 5G menggunakan frekuensi C-band, pelaksanaan rangkaian 5G juga memerlukan lebih banyak tapak berkaitan bagi menyediakan rangkaian yang lebih berkualiti serta stabil.

    Sehubungan itu, katanya, penggunaan semula infrastruktur sedia ada seperti rangkaian 3G yang tidak lagi meluas, dapat melepaskan spektrum atau jalur lebar sedia ada yang boleh digunakan bagi tujuan pelaksanaan 4G.

    “Langkah ini selain daripada evolusi teknologi itu sendiri, bertujuan menambah baik atau meningkatkan lagi pengalaman pengguna data dan truput bagi pengguna akhir.” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...