Friday, April 18, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha hapuskan senjata nuklear ‘mimpi kosong’ – Kim Yo Jong

    SEOUL, 10 APRIL – Saudara perempuan Kim Jong Un iaitu Kim Yo Jong, mengkritik usaha yang dipimpin oleh Amerika Syarikat (AS) untuk menghapuskan senjata nuklear Korea Utara, dengan menyatakan bahawa idea untuk mendemiliterisasi negara itu adalah ‘mimpi kosong.’

    Kenyataannya dibuat selepas diplomat tertinggi Korea Selatan, Jepun dan AS mengeluarkan kenyataan di luar mesyuarat NATO minggu lalu, yang menyatakan bahawa mereka ‘menegaskan komitmen teguh mereka untuk penghapusan senjata nuklear sepenuhnya’ dari negara terpencil itu.

    Dalam kenyataan yang diterbitkan kelmarin oleh Agensi Berita Pusat Korea (KNCA), saudara perempuan Kim Jong Un, Kim Yo Jong, berkata bahawa sebarang perbincangan untuk meyakinkan Korea Utara melepaskan senjata nuklearnya adalah hanya ‘mimpi kosong’ yang tidak mungkin tercapai.

    “Jika ada yang bercakap secara terbuka tentang membongkar senjata nuklear ia hanyalah tindakan paling bermusuhan yang menafikan kedaulatan DPRK,” kata Kim Yo Jong pada Selasa.

    “Ia hanya mendedahkan kegelisahan AS, Jepun dan ROK, yang berada dalam keadaan terdesak untuk bercakap tentang penghapusan senjata nuklear secara beramai-ramai,” tambahnya, merujuk kepada Korea Selatan dengan nama rasminya.

    Kenyataan ini adalah yang kedua dari Kim dalam lebih sebulan.

    Pada awal Mac, beliau mengutuk Washington atas lawatan kapal pengangkut pesawat Tentera Laut AS ke pelabuhan Busan, Korea Selatan, dengan menuduh pentadbiran Presiden AS, Donald Trump ‘meneruskan dasar bermusuhan pentadbiran sebelumnya’. – AFP

    Aset ketenteraan yang dimiliki oleh Korea Utara di bawah pimpinan Kim Jong Un. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda