Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha Indonesia menangani ledakan perlombongan haram

    BARAT TABIR – Para pengorek yang sangat mengerikan kelihatan sedang berkeliaran di tebing sungai di sebuah pulau di Sumatera Indonesia di mana kebanyakan mereka sedang berusaha untuk memburu emas, mengubah apa yang pernah menjadi kawasan pedesaan yang terletak di kawasan hutan yang menghijau. Situasi ini adalah salah satu daripada sejumlah besar lombong emas haram yang muncul di kepulauan yang kaya dengan sumber tersebut apatah lagi harga logam yang semakin melonjak naik, memikat orang ramai di kawasan luar bandar untuk memberikan mereka sumber pekerjaan dan berkecimpung dalam industri tersebut.

    Kini, pihak berkuasa di wilayah Jambi, Sumatera iaitu sebuah kawasan yang memiliki salah satu tempat penambangan terbesar di dunia perlombongan haram di Indonesia telah memulakan satu perjuangan dan menjalankan tindakan keras dalam pengawasan. Penurunan harga getah yang mana memberikan mata pencarian bagi ramai penduduk di kawasan itu telah bertindak untuk berkecimpung dalam kegiatan haram itu disebabkan oleh harga yang lebih mahal dan tinggi.

    Iwan yang berusia 43 tahun telah bekerja di sebuah tapak haram di Sungai Tabir dan telah meninggalkan tugas asalnya di ladang getah untuk menjadi seorang pelombong emas dua tahun lepas dan berkata bahawa kehidupan beliau masih lagi sukar. “Tahun ini agak sedikit sukar kerana tiap hari, kami tidak akan menemui apa-apa emas,” kata pelombong itu, yang menggunakan satu nama kepada wartawan AFP. “Namun ia masih lebih baik berbanding menjadi seorang petani getah kerana harga getah sangat murah pada ketika ini,” tambah Iwan lagi kepada wartawan AFP.

    Industri haram di kawasan itu bermula di beberapa tempat dengan prospek panen kecil untuk emas dan telah meletupkan sekitar 100 tapak sejak kebelakangan ini dalam usaha mereka untuk menemui emas. Pihak berkuasa agak sedikit terlambat dalam menghentikan ledakan itu pada awal tahun di mana para pelombong emas haram semakin berani dan mula secara terbuka menggunakan mesin berat dalam memburu emas. Perlombongan di wilayah tersebut biasanya dijalankan di sebuah tapak yang terbuka di sebelah sungai di mana para pekerja akan menggali tapak berkenaan untuk mencari emas.

    Di Jambi, turut terkenal sebagai sebuah kawasan yang dipenuhi dengan kehidupan liar namun sejak kebelakangan ini semakin berkurangan disebabkan oleh kegiatan haram itu. – AFP
    Di Jambi, turut terkenal sebagai sebuah kawasan yang dipenuhi dengan kehidupan liar namun sejak kebelakangan ini semakin berkurangan disebabkan oleh kegiatan haram itu. – AFP
    Kebanyakan mereka tidak banyak menerima keuntungan yang baik namun pekerjaan itu merupakan satu-satunya sumber pendapatan yang mereka ada. – AFP
    Kebanyakan mereka tidak banyak menerima keuntungan yang baik namun pekerjaan itu merupakan satu-satunya sumber pendapatan yang mereka ada. – AFP
    Iwan yang berusia 43 tahun telah bekerja di sebuah tapak haram di Sungai Tabir dan telah meninggalkan tugas asalnya di ladang getah untuk menjadi seorang pelombong emas.
    Iwan yang berusia 43 tahun telah bekerja di sebuah tapak haram di Sungai Tabir dan telah meninggalkan tugas asalnya di ladang getah untuk menjadi seorang pelombong emas.

    Risiko tinggi

    Di Jambi, turut terkenal sebagai sebuah kawasan yang dipenuhi dengan kehidupan liar namun sejak kebelakangan ini semakin berkurangan disebabkan oleh kegiatan haram itu dan menerima kesan yang sangat buruk. Malah bukan sekadar persekitaran hutan menerima risiko daripada aktiviti haram itu malah para pekerja turut merisikokan diri mereka. Pembakaran merkuri yang dicampur dengan bijih mentah untuk mengeluarkan emas menjadi perkara yang biasa buat mereka yang mana sebenarnya situasi ini boleh mendatangkan keadaan yang buruk terutama terhadap kesihatan mereka. Namun sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pihak berkuasa Indonesia telah meningkatkan perjuangan mereka.

    Pihak polis telah mula menyerbu beberapa tapak perlombongan dan memulakan program untuk menawarkan latihan dalam teknik pertanian dalam usaha mereka untuk memikat lebih banyak pekerja daripada pelbagai prospek dan telah melantik ketua-ketua kampung untuk sentiasa tegas menentang amalan haram itu. Namun para pegawai dengan cepat menyedari bahawa arahan dan gertakan sendiri belum tentu dapat menyelesaikan situasi itu. Pihak berkuasa juga telah mengambil langkah-langkah untuk mengawal selia industri dengan menawarkan para pelombong untuk mendapatkan laluan pekerjaan dengan secara sah. Di bawah rancangan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan tempatan pada bulan Disember lalu, para pelombong telah memohon untuk membuka kawasan perlombongan rakyat.

    Skim itu bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dengan memastikan mereka mendapatkan keuntungan dengan cara yang baik bukan hanya memberikan bayang-bayang palsu untuk mereka. “Kebanyakan mereka tidak banyak menerima keuntungan yang baik namun pekerjaan itu merupakan satu-satunya sumber pendapatan yang mereka ada,” kata Suratno kepada wartawan AFP.

    “Itu saja yang boleh saya lakukan”

    Pihak kerajaan sedang menghadapi perjuangan yang tegak untuk menangani industri haram itu. Sejak skim itu diperkenalkan, hanya satu kawasan telah berjaya memohon permit dan pihak berkuasa kadang-kadang menghadapi tindak balas yang negatif apabila mereka cuba untuk bertindak balas.

    Selepas sahaja beberapa individu telah didakwa akibat terlibat dalam perdagangan emas itu secara haram di Jambi pada tahun lepas, balai polis tempatan telah dibakar dalam serangan balas dendam terhadap mereka yang disyaki terlibat dalam perlombongan haram. Para aktivis percaya bahawa selepas pelombong itu sendiri tidak benar-benar menangani akar masalah, pihak berkuasa perlu menangkap pembiaya yang kaya. “Sukar untuk menghentikan perlombongan haram di sini selagi individu kaya itu tidak diketahui dan tidak ditangkap,” kata aktivis alam sekitar tempatan, yang enggan disebutkan namanya kerana sensitiviti isu berkenaan.

    Namun para pengiklan mengatakan bahawa mungkin cabaran yang besar adalah peluang pekerjaan yang sedikit membuatkan para penduduk lebih bergantung kepada perlombongan haram emas. “Ini sahaja yang dapat saya lakukan untuk mendapatkan pendapatan yang stabil dan mencukupi,” tambah Iwan mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda