Oleh Lucia Terey John JOHOR BAHRU – Mohd Noor Firdaus Mohd Salim dikategori sebagai ‘lembam’ dan menjadi mangsa buli tatkala menuntut di sebuah kolej di Pasir Gudang beberapa tahun lepas. Bagaimanapun, pemuda berusia 20 tahun ini tidak mahu menjadikan taraf Orang Kelainan Upaya (OKU) itu menghalang usaha untuk mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan