Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha kembalikan momentum

    LONDON, 29 Jun – Dua belas bulan lalu, Novak Djokovic tiba ke saingan Wimbledon dengan prestasi terbaik, namun kehadirannya tahun ini dibelenggu dengan pelbagai krisis, malah prestasinya juga turut jatuh mendadak.

    Selepas merangkul Terbuka Perancis tahun lalu, pemain Serbia itu muncul pemain pertama meraih empat kejuaraan Grand Slam dan memenangi Wimbledon pada 2014 dan 2015, selepas kali terakhir dilakukan Rod Laver pada 1969.

    Tahun ini, Djokovic berdepan masalah termasuk tewas mengejut kepada pemain nombor 117 dunia, Denis Istomin pada pusingan kedua di Terbuka Australia.

    Malah selepas ‘berpisah’ dengan jurulatih Boris Becker hujung tahun lalu, Djokovic turut membawa haluan masing-masing dengan Marian Vajda.

    Djokovic juga melantik legenda Amerika Syarikat, Andre Agassi sebagai jurulatihnya untuk menghadapi Terbuka Perancis, namun masih gagal menghadirkan peningkatan ketara sehingga tewas kepada Dominic Thiem pada aksi suku akhir di Roland Garros.

    Walaupun dilanda masalah prestasi, Djokovic kekal dengan sikap positif.

    “Saya bernasib baik apabila meraih kejayaan pada tempoh lapan dan sembilan tahun kebelakangan ini dalam kejohanan besar. Jadi perubahan ini bagus kerana tidak tampil sebagai pilihan utama.

    “Ia mengurangkan tekanan. Saya cuba mengurangkan jangkaan terhadap saya dan fokus untuk menghadapi aksi seterusnya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda