Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha kembangkan ekosistem FinTech Brunei

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Peluang yang FinTech boleh tawarkan untuk memajukan green finance adalah sangat besar di mana ia boleh membantu menangani masalah dalam membangunkan green finance seperti pengumpulan maklumat yang besar dan keperluan data masa nyata, penilaian risiko dan dokumentasi yang kompleks serta kebolehpercayaan kehijauan projek atau pelaburan.

    Produk kewangan digital baharu telah dibangunkan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan yang mudah dan kos rendah, terutamanya dalam bidang pembayaran digital, serta insurans dan kiriman wang, seperti DSTPay, Progresifpay, MoneyMatch, Beep Digital Solutions dan Takaful Brunei Mobile. 

    Selain itu, penubuhan National Digital Payment Hub (DPH) yang merupakan projek yang dilaksanakan bersama oleh Darussalam Assets Sdn Bhd dan bank-bank tempatan, merupakan salah satu pemboleh utama pembangunan ekosistem pembayaran digital Brunei Darussalam.

    Perkara tersebut antara yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid ketika menyampaikan ucaptama semasa Conversation on Acceleating Fintech and Green Finance in Brunei yang berlangsung di Auditorium D&T, Anggerek Desa pagi tadi. Dato Seri Paduka Haji Khairuddin
    seterusnya menjelaskan bahawa State of FinTech in Brunei Darussalam yang telah dilancarkan pada penghujung 2020 menggariskan cadangan untuk memajukan pembangunan ekosistem FinTech di negara ini.

    Sehingga kini, tambah beliau, pelbagai kemajuan telah dicapai untuk mengukuhkan ekosistem FinTech termasuk FinTech Association yang akan ditubuhkan tidak lama lagi dan kemasukan Negara Brunei Darussalam dalam Rangkaian Inovasi Kewangan Global yang boleh meluaskan perkongsian dan kemungkinan bagi pembangun FinTech tempatan untuk menjalin hubungan dengan pemain FinTech antarabangsa dan pasaran.

    “Walau bagaimanapun, kita tidak terkecuali daripada sekatan dalam perjalanan kita ke arah mencapai matlamat kemapanan dan FinTech. 

    “Episod krisis ekonomi dan kewangan baru-baru ini, yang berpunca daripada pandemik COVID-19 dan inflasi global, telah menjejaskan momentum pembangunan.

    “Walaupun menghadapi cabaran ini, ia telah menunjukkan keupayaan kita untuk mengatasi had dan memanfaatkan potensi untuk berinovasi. 

    “Oleh itu, ia telah mengajar kita untuk memanfaatkan krisis semasa sebagai peluang pembelajaran berterusan dengan membina kecekapan dan mengukuhkan penglibatan pihak berkepentingan,” tambah beliau.

    Dato Seri Paduka Haji Khairuddin menyampaikan ucaptama semasa Conversation on Accelerating Fintech and Green Finance in Brunei, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda