Thursday, February 13, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha kerjasama diperlukan selesai isu perumahan di Sabah

    KOTA KINABALU, 6 OGOS – Usaha kerjasama antara kerajaan negeri dengan pihak berkepentingan diperlukan untuk menyelesaikan isu perumahan di Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah II, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

    Beliau berkata arkitek di Sabah perlu menyumbangkan kepakarannya untuk menghasilkan penyelesaian perumahan yang inovatif dan kos yang berkesan yang memenuhi keperluan semua kumpulan pendapatan.

    “Usaha kolaboratif oleh kerajaan, Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) Sabah dan pihak berkepentingan lain dapat membuat perubahan ketara dalam menangani isu perumahan yang dihadapi rakyat.

    “Saya amat menyedari cabaran mereka yang mengalami masalah mendapatkan tempat tinggal,” katanya pada Majlis Makan Malam ke-46 PAM Sabah di sini malam tadi.

    Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata beliau mengiktiraf sepenuhnya kepentingan seni bina dalam mewujudkan persekitaran yang mampan dan inklusif buat rakyat.

    “Saya difahamkan PAM Sabah menjadi barisan hadapan dalam mendukung seni bina mampan dan mempromosikan amalan bangunan hijau.

    “Usaha awda selari dengan komitmen kerajaan untuk membina masa hadapan yang lebih mesra alam dan berdaya tahan,” katanya.

    Beliau turut menekankan kepentingan memupuk bakat muda dalam komuniti seni bina. – Bernama

    Joachim melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan orang ramai sebagai simbolik pelancaran Kembara Jalur Gemilang 2023 Peringkat Negeri Sabah di pekarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda